Sunday, 30 December 2012


Marilah kita sama-sama amalkan doa ini agar kita dapat mendoakan orang yang sedang ditimpa ujian Allah berada dalam kesejahteraan


Kepentingan Ibadah Semasa Sakit

1. Sebagai tanda kepatuhan dan ketaatan kepada perintah Allah S.W.T.

2. Sebagai satu cara untuk penyembuhan segera daripada Allah S.W.T.

3. Sebagai tanda kesabaran kita dalam menghadapi  ujian Allah S.W.T.

4. Sebagai bukti kecintaan kita yang tidak berbelah bagi kepada Allah S.W.T.

5. Sebagai tanda kesedaran betapa lemahnya makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan
   daripada Allah S.W.T

Pengenalan dan Produk-produk

Solat merupakan suatu ibadah yang wajib bagi semua umat Islam di setiap pelusuk dunia.  Mungkin sebahagian kita tidak mampu melakukan ibadah tersebut akibat sebab musabab yang tertentu. Akan tetapi, Allah itu Maha Bijaksana dan Maha Adil. Dia telah mengilhamkan idea kepada khalifahNya di bumi ini dengan alternatif yang lain bagi mengatasi masalahnya yang dihadapi oleh hamba-hambaNya. Oleh sebab itu,  berkat idea daripada yang berKuasa, maka terciptalah kempen sebegini.

Kempen Jom Solat(KJS) ini merupakan hasil usaha daripada Syarikat ANF Trade and Communication dan Badan Hal Ehwal Islam Hospital Seluruh Malaysia. KJS bukan sahaja menggalakkan orang ramai untuk bersolat malah menyediakan produk yang boleh membantu orang yang mempunyai kesusahan untuk bersolat.

KJS merangkumi produk seperti tersebut :-

1. Botol Semburan Wudhu' (RM 6)
2. Debu Tayammum (RM 8)
3. Tasbih Digital (RM 8)

Namun begitu, selain menjual berasingan kami juga menyediakan pakej bagi memudahkan pembeli untuk membeli barangan kami.

Antara pakej yang ditawarkan:-

1. Pakej Rahmah (RM 20)
    (1 botol Semburan Wudhu' + 1 botol Debu Tayammum + 1 Tasbih Digital + 1 Kad Panduan
     Penggunaan)

2. Pakej Barokah (RM 60)
    (2 botol Semburan Wudhu' + 2 botol Debu Tayammum + 1 Kad Panduan Penggunaan +
     1 Rak Plastik)

Untuk sebarang pertanyaan atau pembelian, bolehlah menghubungi Encik Razak di talian 017-3272205.

Credit to : Admin AQ